Noah's Residents

Noah's Residents

Thursday, September 9, 2010

Pusat Perlindungan Haiwan Noah's Ark (Bahtera Noah)















Persatuan Perlindungan dan Pemeliharaan Haiwan Bahtera Noah Johor adalah sebuah pertubuhan berdaftar. Tujuan utama Persatuan ini adalah untuk mengurangkan masalah haiwan terbiar dan teranaiya dengan melaksanakan Program Pemandulan kucing/anjing.

Memandangkan Pusat Perlindungan bahtera Noah yang terletak di Pekan Nenas ,Pontian kini melindungi 850 anjing, 500 kucing, 21 arnab dan 5 kuda. Kebanyakan haiwan ini adalah haiwan yang kurang keupayaan seperti berkaki tiga, buta, terbiar dan didera oleh orang yang tidak ada belas kasihan terhadap haiwan.















Persatuan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya memandulkan haiwan peliharaan mereka dan memberi sokongan kepada Program Pemandulan Terhadap Haiwan-Haiwan Terbiar tanpa menghapuskan atau menderakan mereka. Haiwan- Haiwan adalah kurnian tuhan.

PEMANDULAN KUCING

PROJECK SOS CATS















Kucing-kucing yang terbiar akan di Tangkap-Dimandulkan-Dilepaskan ke tempat assal (di bawah projek ini). Kucing-kucing yang telah dimandulkan akan digunting sedikit hujung telinga sebagai tanda telan dimandulkan. Persatuan akan memantau supaya kucing-kucing ini mendapat jagaan dan makanan.

SKIM PEMANDULAN KOS RENDAH BOLEH DILAKUKAN OLEH PERSATUAN DENGAN PERMOHONAN DI KLINIK NOAH’S ARK ABC (Animal Birth Control) atau di Klinik haiwan berdekatan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor 017-6243397 Puan Mariam ( Deputy Vice President NANAS)

Persatuan ini bukan merupakan syarikat perniagaan yang mencari keuntungan tetapi bertujuan untuk menyelamat haiwan peliharaan yang terbiar dan teranaiya dengan cara :

 Mengalakkan perasaan menyayangi haiwan peliharaan.

 Mengalakkan pemandulan dan bukan pembuangan.

 Mengalakkan pemeliharaan kucing dan memberi perhatian kepada kucing terbiar.

 Membenteras penganaiyaan, pembuangan dan pembunuhan.

 Membenteras kebencian kepada haiwan peliharaan dan menggalakkan kesedaran bahawa haiwan peliharaan juga memerlukan perlindungan.

No comments:

Post a Comment